PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

KENAPA PERLU SUPLEMEN

Ketahui sebab-sebab mengapa anda perlukan suplemen tambahan

Join Us. Be part of the Effect

Road to financial FREEDOM

PROMOSI GEMPAK BULAN JUN 2015

4 Produk hebat yang tidak boleh dilepaskan

HEALTHY PRENATAL SET - YES WELNESS PACK

Dapatkan Set Khusus untuk Membantu Ibu Mengandung Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Proses Kehamilan

HEALTHY POSTNATAL SET - YES WELNESS PACK

Dapatkan Set Khusus untuk Membantu Ibu Mengandung Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Proses Berpantang.

HEALTHY YOUNG LIVING - YES WELNESS PACK

Dapatkan TONIK AJAIB ini pada harga yang lebih murah.

This is default featured post 7 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Isnin, 15 Februari 2016

PENGALAMAN PTD ASSESEMENT CENTRE (PAC) 2016

Assalamualaikum 

Alhamdulillah lepas sudah Fasa PAC. Sabtu dan Ahad lepas(13/02/2016-14/02/2016) aku ber 'PAC'. Sebelum aku cerita pengalaman aku ber'PAC' ni, aku nak bagi tahu, ini kali ke-3 permohonan PTD aku.

Kali pertama pada 2013. Kalau tak silap pada tahun 2013 tu masih lagi exam secara manual. Tahun 2014 baru la exam secara online. Oleh kerana lokasi exam di Johor dan aku berada di Sarawak, so tak dapat la pergi exam tu. Dah terlepas satu peluang.

Alhamdulillah Allah Maha Mendengar. 2014 dapat lagi panggilan exam PTD ni.


Untuk tahun 2014 ni lepas ja exam tak da PAC tapi terus interview. Alhamdulillah, aku lulus dan dapat la panggilan temuduga.


Temuduga sepatutnya dibuat di Johor tapi aku dapat tukar ke Sarawak. Jimat duit flight nak balik Johor. Aku gagal temuduga kali ini. Mungkin aku belum cukup bersedia dan aku gagal nak menjawab soalan yang diajukan panel penemuduga.

Untuk temuduga tahun 2014 ni memula sampai ja register dan masuk satu bilik reramai jawab esei BM dan BI. Ada 2 soalan pilih 1. Lepas abis jawab terus check BMI. Habis BMI test terus masuk bilik interview. Aku orang pertama yang di Interview. OMG, memang neves dan tak sedia pun. Kalau ikut jadual turn aku petang lepas Zohor. Tapi dia kata aku siap dulu so aku kena masuk dulu. Tawakkal ja masuk and lastly memang GAGAL.. huhu

OK.. berbalik cerita 2016 pula. Untuk tahun ni Flow dia memula korang akan di panggil untuk jawab exam. Ada 2 kertas ja berbanding tahun 2014 yang ada 3 kertas. 


Tengok atas tu. 2 kertas ja. Lepas jawab exam ni tunggu la seminggu lebih dan Alhamdulillah aku lepas. Soalan exam kalau korang tangan laju boleh la google dulu jawapan dia. Tapi aku yakin korang tak sempat. Banyak giler soalan dia. So korang kena la study banyak sikit. Soalan-soalan bahagian B tu agak mencabar sebabnya banyak ikut logik akal. Soalan tadika pun ada.


Alhamdulillah, aku dah lepas exam. So kena la jawab ujian psikometrik pula. Kalau tahun 2014 dia sekalikan dengan exam online tu. Yang ni dia buat asing. Untuk yang lepas exam ja boleh jawab. Lepas jawab ni tunggu panggilan PAC pula.

 

PAC ni singkatan Program Assesement Centre. Dalam program ni untuk tahun 2016 format dia

1- Memula sampai korang akan lapor diri serahkan borang yang kena isi tu. Borang ja. Tak payah sijil bagai. Pakaian masa ni pakaian sukan.
2- Lepas tu akan dengar taklimat program.
3- Lepas taklimat korang akan buat pemeriksaan tekanan darah.
4- Pergi pula ke bahagian check BMI. Untuk tahun ni BMI adalah dari 19-29 ya. Kalau agak-agak obes tu buatlah sesuatu bagi normal. Untuk tahun ni ada yang aku dengar lepas BMI kalau tak lepas dia suruh BALIK. Tapi di Sarawak dia benarkan lagi habiskan UKJK(Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan) Mungkin calon tak ramai. Di Intan lain calon sampai beribu orang. 
5- Untuk fasa pertama ni selepas BMI korang akan ber'UKJK'

Apa yang ada dalam UKJK 

1- Beep test (lari ulang alik 20m)

Aku difahamkan untuk beep test korang kena lari 20m. Untuk perempuan kena lebih level 3 dan lelaki lebih level 5. Alhamdulillah aku lepas sampai level 5.3 ja. Ok la kan..tu pun nak tercabut nyawa.  Aku sangat cadangkan korang google dan install software Beep test ni. Korang practice la dulu lari. Aku pun practice 2 hari sebelum test tu ja. Masa practice aku sampai level 3 ja. Ntah macam mana masa betul-betul aku boleh sampai level 5.3 tu. Masa lari dalam kepala otak aku hanya ingat aku kena lepas level 5 for the sake of the baby dalam kandungan bini aku.. huhu. Pembakar semangat tu.. Amazing giler... Korang cuba la ya.. Jangan putus asa.

2- Duduk Jangkau


Benda ni senang ja. Korang duduk macam tu pastu tolak tangan kedepan. Dia kira berapa jauh korang boleh tolak. Lutut tak boleh terangkat. Aku dapat buat 40cm ++. Tips dia. Jangan keraskan pinggang. Masa aku test tu ada mamat ni perut dia buncit tapi dia punya ukuran tu agak jauh la. Ada pula mamat kerempeng ni tolak pun gerak sikit ja. So, kesimpulannya kena practice lembutkan pinggan korang. Gemuk ke kurus bukan kelebihan k.

3- Hand Grip

  

Kat atas tu gambar alat yang akan digunakan untuk hand grip. Senang ja ni. Korang tahan nafas dan tekan benda alah tu kuat-kuat. Aku dapat buat 48.6kg ja. Ada tu dalam grup aku boleh buat sampai 57.

4- Bangkit Tubi


Bangkit tubi macam dalam ganbar atas tu. Korang imagine. kaki rapat. Takda sapa tahan. Pastu korang hanya boleh angkat badan. Tangan korang luncurkan dari garisan pertama sampai garisan kedua tu. Kira separa bangun la. Dalam masa seminit korang dapat buat berapa kali. Sangat susah buat aku. Huhu.. kejung perut. Masa practice aku buat sit up tangan kat atas dan ada orang pegang kaki. So memang la berpulu-puluh boleh buat. Yang ni rupanya lagi tough. Tak sampai 20 aku buat. Sedeyh...

Ok tu ja yang ada dalam UKJK PAC PTD ni. Format permarkahan memang aku tak tahu. Tapi yang pasti dia ikut umur korang juga. Takkalah dah tua macam aku ni target dia tinggi kan. So reasonable ikut umur dan jantina korang. Masa dia tunjukkan point aku, aku nampak aku dapat 17 tapi tak tau apa maksud dia tu. papepun Alhamdulillah aku LULUS UKJK. Bangga siot. Aku ingat tak lepas sebabnya sit up aku sikit ja. Pompuan buat pun lagi banyak.
   


Lepas UKJK ni barulah korang dibenarkan untuk ke level seterusnya.

By the way, masa lapor diri korang akan diberi nombor badan.


Jangan lupa tuck-in baju sepanjang program. Nampak kemas sikit. Lantaklah kalo orang nak tengok or cakap skema ke apa kan.(on that day aku sorang ja tuck in. huhu, whatever la)

My lucky nombor badan is 026. Moga-moga betul betul lucky la ae.. huhu

Ok next step...

Penat la.. sambung next entry k. Panjang pula nak kongsi :-)

14.05.2019 aku sambung balik story. Giler tak. ;-)

Habis ja UKJK tu kitorang berkumpul untuk jawab esei Bm dan BI. Kan tadi dia dan bagi result UKJK samada lulus atau tak. Mana yang tak lulus boleh say goodbye dan mana yang lulus kena pergi bilik exam. Masa tu buat dalam auditorium. Lebih separuh yang tak lepas UKJK.

Masih dalam keadaan berpeluh dan penat ko menulis la esei yang disuruh tu. Macam dalam SPM dulu-dulu tu esei dia. (esei BI aku hancursss.. mcmana aku tau nanti aku story)

Dah siap buat esei dia tak bagi markah terus. Dia semak kemudian. Kalau ikut format tahun sebelum ni(macam aku cerita kat atas) esei kena buat masa interview. Tapi kali ni masa PAC.

Habis part esei ni dia bagi ko makan tengahari dan juga kunci bilik. (tido kat INTAN) Petang tu pulak ada apa aek. Lupa aku. Malamnya pulak ada group debate. Dia ni macam satu game dalam grouping. Memasing group pertahankan memasing group untuk terus berada dalam kapal. Pernah tak main game cerita dia 'dalam satu kapal ada beberapa orang, jawatan berbeza, kapal nak karam, jadinya kena buang beberapa orang. so sapa nak kena buang' ko debate lah sapa yang nak kena buang tu. Dalam game ni pemarkahan diambil ikut tingkahlaku korang. Samada jadi silent listener atau proaktif atau over proaktif. Jangan over sangat, asik ko ja yang nak cakap. Bagi orang lain jugak cakap. Kalau ko perasan ahli dalam kumpulan ko tak da idea nak cakap, bisik kat telinga dia suruh cakap point yang ko ada. Jangan kedekut. This is grouping. Jangan tamak. Jangan tamak. Jangan tamak.  

Habis program malam ko dapat tajuk untuk public speaking esok. Cabut undi. Aku simpan lagi soalan dia. Tapi mana ntah buku tu. Untuk BI aku dapat tajuk RIDESHARING (masa tu kan baru nak boom pasal GRAB, UBER etc). Untuk BM plak aku dapat tajuk apa aek.. Lupa dah. Tapi mudah ja. Public speaking ni minat aku(walaupun aku menggigil depan orang) so okay la.huhu

Malam tu standby script. tapi aku penat so memang tak standby pun. Just buat point utama ja. Tido aku lebih penting. Aku tak nak tingtong keesokannya. Siangnya tu bermulah public speaking. Dia buat dalam small group. Tak la ramai-ramai. Buat pulak dalam bilik meeting, tempat sempit jadinya berdiri kat meja masing-masing ja. Group lain dalam bilik besar ada yang berdiri kat depan siap pakai mikrofon. Yang itu scary sikit la. Kita gugup pun boleh dengar kat mic. 

Habis Public Speaking BM dan BI ni ada perbincangan kumpulan. Juga dalam BM dan Bi. Dia bagi satu topik dan korang bincanglah sesama korang. Boleh buat dalam bentuk forum atau perbincangan biasa. Kat sini penilai tak nak tengok kepandaian ko mengutarakan hujah semata-mata tapi dia tengok semua aspek. Ko ni spesies gila kuasa ke, asik ko ja nak cakap, ko ni jenis nak menangkan point ko ja ka. korang akan bincang PRO n CONS, jadinya akan ada point yang ko sokong dan tak sokong. At the end ko akan buat kesimpulan. Guide yang lain untuk cakap jugak. Kalau nampak member tak da peluang nak cakap, tulis kat kertas pointnya dan pass kat dia. Tolong dia jugak.  

Okay, habis semua ni korang akan ber'check-out' dari INTAN tu. Baliklah ke kampung halaman tunggu keputusan.


Alhamdulillah aku LULUS PAC dan next step adalah TEMUDUGA.


Temuduga kali ni dekat pejabat SPA MIRI. Ini adalah interview untuk kali yang ke 2. Sebelum ni 2014 dan sekarang untuk 2016. 

Interview la macam biasa. Aku orang yang ke-3 kalau tak silap. Memang dia ada bagi waktu. Tapi mana yang nak masuk interview boleh masuk dulu. Soalan interview sangat general. Takdalah bombastik sangat asalkan korang rajin belek surat khabar isu terkini dan fahamkan struktur PTD tu. Kat mana boleh ditempatkan etc. 

Aku ingat lagi penemuduga tu cakap "hussin, you are good in speaking, you can speak very well but your essay......"
Aku dah dapat agak. mesti esei aku teruk. ha ha ha. so merapu la aku cakap akan perbaiki, amik course BI etc.
huhu

Bila result keluar hasilnya

TAKZIAH ANDA GAGAL

Frust giller, dah dua kali kot interview. Pun masih GAGAL. Otak masa tu kata, Aku orang Johor, interview kat Sarawak. Ni mesti penal nak cari anak Sarawak jugak. huhu. sedeyh la. Tapi dah nama bukan rezeki. Interview kat mana pun sama ja, dah bukan rezekikan.

Hujung 2016 SPA buka la jawatan kosong PTD ni. Aku APPLY lagi untuk kesekian kalinya. Kali ni aku tukar lokasi interview kat JOHOR. 


Exam ni macam biasa ja. Sama macam yang lepas. Alhamdulillah aku LULUS. So dapatlah panggilan PAC lagi sekali. Tapi kali ni di INTAN Kluang.


PAC KALI NI AKU TAK PEGI..... WHY????

Aku dah penat, aku dah malas, aku pikir tak payah la cari kerja lain. Cukup la kerja tetap yang ada sekarang. PTD bukan untuk aku. Tak payah berangan dah. so aku pun tak pergi PAC tu. 

Aku terus buang jawatan PTD tu dari sistem SPA8i. 
2017 - aku tak pergi PAC
2018 - aku tak isi jawatan PTD 
2019 - Aku MOHON BALIK... huhuhu


tadaaaaa.........


So kita akan sama-sama jawab exam version 2019 ni dengan penambahan Seksyen C. Pemilihan semakin TOUGH.. I like... something yang mencabar kemampuan diri. Kita cuba. Manatahu rezeki.

by the way. Selepas berjaya temuduga sekalipun korang belum tentu dapat join PTD lagi. PTD ni kan CREAM OF THE CREAM. Memang yang THORRRRRRBAIK sahaja yang dapat. Kalau guna kabel tapi kerja hampeh tu kira lain la. dia THORRRRRRBAIK dalam mempergunakan pengaruh.



Tengok berita 2018. Lepas berjaya temuduga kan ikut kursus DPA kat INTAN 10 bulan. Inilah penentuan sebenar samada korang lepas atau tak lepas. 2018 punya kes mungkin ramai yang bagus SANGAT jadinya gred lulus dinaikkan A-. SO KORANG BOLEH AGAK BETAPA CREAM OF THE CREAM MEREKA ITU...

By the way GOOD LUCK SEMUA. termasuk aku. kita cuba inikalilah 

updated 21.11.2020

Aku gagal uolss... hahaha... exam tu susah gileer.. so itulah peperiksaan PTD aku yang terakhir. Umur pun dah meningkat. Aku pun dah dapat kerja baru. 7 1/2 tahun aku kerja dengan gred S29. Cubaan demi percubaan aku buat untuk jadi PTD gagal. So aku beralih arah ke jawatan lain dan Alhamdulillah sekarang (mulai 27.08.2020) aku dah bergelar seorang Pensyarah di sebuah Kolej Komuniti di bumi Kenyalang. 

Nanti aku cerita macam mana aku boleh jadi pensyarah ni.. nantikan ya 😊